Di kala ini berlangsung piala dunia ragbi dari 9 September hingga 23
Oktober di New Zealand. Kejohanan ragbi piala dunia kali ini adalah
yang ke tujuh, dan diwakili oleh sebanyak 20 pasukan yang beraksi di
kejohanan ini.
12 dari 20 pasukan yang layak adalah bedasarkan kedudukan teratas
dalam piala dunia ragbi tahun 2007, manakala 8 lagi di pilih
berdasarkan kejayaan pra-kelayakan kawasan masing-masing.
12 pasukan utama terdiri dari pasukan dari negara Argentina,
Australia, England, Fiji, Peranchis, Ireland, Italy, New Zealand,
Scotland, Afrika Selatan, Tonga dan Wales. Manakala 8 pasukan lagi
dari negara Kanada, Georgia, Jepun, Namibia, Romania, Russia, Samoa
dan Amerika Syarikat.
Pasukan dari negara Rusia beraksi buat kali pertama dalam kejohanan
piala dunia ini.
Perlawanan awal diantara Samoa dan Wales pagi tadi amat menarik
bilamana prestasi pasukan kedua-dua pasukan amat baik. Wales menang
dengan mata 17-10
Rata rata peminat sukan di Malaysia lebih cenderung kepada bolasepak
bebanding ragbi, mungkin kerana sukan ini kurang menyerlah.
Bagi aku, yang pernah bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh satu
ketika dahulu, ragbi merupakan satu sukan berpasukan yang pernah
disertai dan diminati.
Oleh kerana kejohanan di adakan di New Zealand, masa perlawanan
tidaklah terlalu ekstrim. Pasukan favorite seperti Pasukan tuan rumah,
England, Afrika Selatan di jangkakan mempamirkan prestasi yang hebat.
Walau bagaimanapun, tahun ini pasukan dari Fiji agak kurang menyerlah.
Aku berharap, di dalam kesibukan bekerja, akan ada masa untuk melihat
perlawanan-perlawanan yang akan datang.
®®
No comments:
Post a Comment